Pakar Kualiti Air dan Permodelan Ir. Dr. Zaki Zainuddin berkata, ini kerana sungai berkenaan tidak boleh ditimbus sesuka hati kerana merupakan laluan semulajadi air selain sungai yang panjang.

"Kalau timbus, takut nanti banjir. Bagi saya, langkah paling efektif adalah kawal di mana punca pencemaran itu. Itu langkah yang paling mampan.

"Sebab kalau kita rawat air sungai itu sekali pun, tetapi tidak dikawal puncanya, ia akan jadi balik (pencemaran). Tetapi, hendak kawal punca juga bukan mudah," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menjadi panel dalam Forum Halatuju Isu Pencemaran Pasir Gudang di Taman Rinting di sini sebentar tadi.

Turut menjadi panel ialah Pensyarah Pusat Pengajian Teknologi Industri Universiti Sains Malaysia (USM), Dr. Japareng Lalung, Felo Pelawat Kajian Institut Pengajian Asia Tenggara (ISEAS) Yusof Ishak, Dr. Serina Abdul Rahman dan Naib Presiden Persatuan Pecinta Alam Sekitar Malaysia (MNS), Vincent Chow Kok Kow. - UTUSAN ONLINE