Ketua Pegawai Eksekutif LHDN, Datuk Seri Sabin Samitah berkata, kira-kira 8.3 juta surat dan e-mel yang dikeluarkan oleh LHDN kepada pembayar cukai berdaftar merupakan makluman berkenaan PKPS yang mula dilaksanakan pada 3 November lalu dan akan berakhir pada 30 Jun depan.

“Pembayar cukai yang telah melaporkan pendapatan, perbelanjaan dan pelepasan cukai kepada LHDN serta telah membuat pe­nyeteman surat cara dalam tempoh ditetapkan boleh mengabaikan

SABIN SAMITAH
SABIN SAMITAH 

surat atau emel permakluman tersebut.

“Pengakuan sukarela yang dibuat dalam tempoh program ini akan diterima secara suci hati tanpa pertanyaan lanjut pihak LHDN,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu, Sabin berkata, LHDN juga menasihatkan pembayar cukai agar berhati-hati dengan sindiket penipuan yang cuba mengambil kesempatan terhadap pelaksanaan program ber­kenaan.

“Pembayar cukai boleh mendapatkan pengesahan dan maklumat lanjut mengenai program ini dengan mengunjungi pejabat LHDN berhampiran, menghubungi Hasil Care Line LHDN di talian 1-800-88-5436 atau 603-77136666 di luar negara selain menghantar e-mel pertanyaan kepada [email protected],” katanya.