Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid berkata, hal ini kerana undang-undang Malaysia jelas tidak terbatas terhadap pihak tertentu sahaja.

"Apabila ada campur tangan polis, biarlah polis buat siasatan sama ada fitnah atau betul perbuatan dalam video tersebut. Tidak boleh menghukum terlalu awal.

"Masyarakat wajib memberi polis ruang untuk siasat dan merumuskan kekeliruan yang timbul daripada video terbabit," katanya ketika dihubungi Utusan Online di sini hari ini.

Jelas Abdullah Sani yang juga Ahli Parlimen Kapar, siasatan polis sudah tentu tidak terbatas terhadap ketulenan video sahaja, bahkan menyeluruh kepada dalang penyebar rakaman terbabit.

"Wajib juga untuk polis siasat dalam video itu dan kita perlu pegang pada prinsip mendaulatkan undang-undang," katanya. - UTUSAN ONLINE