Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Tiada penemuan bahan kimia - Pengarah Jabatan Bomba Kuala Lumpur

SUASANA perkarangan hadapan di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah yang terbakar dikerumuni orang r
SUASANA perkarangan hadapan di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah yang terbakar dikerumuni orang ramai dan petugas keselamatan di Jalan Datuk Keramat di sini, hari ini. UTUSAN/ AZLAN HADI ABU BAKAR

KUALA LUMPUR 15 Sept. - Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Khirudin Drahman menafikan laporan sebuah portal yang memetiknya berhubung penemuan bahan kimia di lokasi kebakaran Pusat Tahfiz Darul Ittifaqiyah, Kampung Datuk Keramat di sini semalam.

Khirudin berkata, beliau hanya menafikan punca kebakaran berpunca daripada litar pintas dan menyatakan ia masih dalam siasatan.

"Saya ingin menegaskan, saya tidak pernah mengeluarkan kenyataan mengenai penemuan bahan kimia di tempat kejadian seperti dilaporkan portal tersebut.

"Laporkanlah perkara yang betul, kes sensitif seperti ini tidak sepatutnya disensasikan," katanya ketika dihubungi di sini.

Terdahulu, dalam sidang akhbar di tempat kejadian, Khirudin berkata hasil siasatan mendapati kotak suiz elektrik utama di pusat tahfiz tersebut berada dalam keadaan yang baik.

Tambahnya, ada unsur lain namun semuanya masih disiasat dan hanya boleh mendedahkannya selepas keputusan rasmi disahkan. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain