Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), J. Solomon berkata, tiada keperluan bagi mana-mana pihak membuat kaji selidik sedemikian rupa kerana tidak memanfaatkan negara.

“Meskipun, mempunyai ramai ahli Kabinet tanpa pengalaman, Dr. Mahathir cemerlang memimpin negara dalam menghadapi pelbagai tekanan menangani skandal-skandal besar yang diwarisi daripada kerajaan terdahulu,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Semalam, badan pemikir kerajaan Selangor, Institut Darul Ehsan (IDE) mendakwa kaji selidiknya mendapati 75 peratus responden berpendapat Dr. Mahathir harus berundur sebagai Perdana Menteri dalam tempuh dua tahun.

Manakala 25 peratus lagi beranggapan tidak ada keperluan sama sekali untuk Dr. Mahathir melepaskan jawatan itu. – UTUSAN ONLINE