Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Kurau, Abdul Yunus Jamhari berkata, tindakan itu sebaliknya hanya membentuk persepsi negatif terhadap PKR dan Anwar itu sendiri.

"Jangan hancurkan muafakat yang telah dibentuk sejak sekian lama. Usah diheret pimpinan dan anggota demi muslihat peribadi.

"Selain itu, tiada isu Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali akan keluar parti kerana beliau mempunyai rekod cemerlang di dalam parti mahupun kerajaan, malahan tidak pernah tewas dalam pemilihan PKR," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE