Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Rina Mohd. Harun berkata, nisbah jumlah tenaga pengajar dengan bilangan pelajar di semua institusi di bawah Mara masih terkawal dan boleh diuruskan.

“Mara sendiri mempunyai seramai 10,485 orang guru yang Ipma di seluruh negara dan 10,748 orang tenaga pengajar di Tabika Kemas.

“Secara keseluruhan Mara mempunyai hampir 114,378 pelajar aktif yang menjadi aset penting kepada pembangunan negara manakala tenaga pengajar di Tabika Kemas membimbing sebanyak 217,329 kanak-kanak di seluruh negara.

“Manakala di bawah Taska, Kemas mempunyai 509 buah Taska yang memberi perkhidmatan asuhan kepada 9,392 kanak kanak dengan tenaga pengajar seramai 1,632. Jadi kalau ikut nisbah masih terkawal, cuma guru perlu memlengkapkan diri dengan kemahiran teknologi yang bergerak pantas,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Sambutan Hari Guru Kementerian 2019 di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE