Noor Hisham Abdullah

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, pihaknya melakukan semakan dengan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), sama ada terdapat sebarang amaran atau maklumat yang dikeluarkan oleh negara-negara di Asia Barat mengenai isu tersebut.

“Pihak WHO memaklumkan buat masa ini tiada amaran berkaitan yang dikeluarkan oleh mereka mahupun Kementerian Kesihatan negara berkaitan mengenai jangkitan tersebut.

“Sehubungan itu, orang ramai diminta tidak mempercayai be­rita yang tidak tepat yang boleh mengelirukan hingga menimbulkan panik dalam kalangan masyarakat,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tegas Noor Hisham, perkongsian mesej atau maklumat yang tidak tepat boleh menimbulkan keresahan dalam kalangan pelbagai pihak seterusnya menggugat kesejahteraan umum.

Katanya, Kementeri­an Kesihatan sentiasa prihatin dan peka terhadap perkara yang boleh mengancam kesihatan pengguna.

Justeru, katanya, jika mana-mana pihak mempunyai sebarang kemusykilan berhubung isu kese­l­amatan makanan boleh menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah atau Jabatan Kesihatan Negeri terdekat.

Orang ramai juga boleh melayari laman web moh.spab.gov.my atau kunjungi Facebook Bahagian Ke­selamatan dan Kualiti Makanan untuk sebarang kenyata­an terkini.