Katanya, berdasarkan formula secara bulanan yang diguna pakai ketika ini, kiraan akan menunjukkan harga RON95 mengikut mekanisme harga automatik (APM) masih lagi tinggi daripada RM2.20 seliter.

Jelasnya, sejak beberapa minggu lalu, harga minyak mentah dunia mengalami penurunan mendadak dan jika mengikut formula mingguan, harga RON95 telah jatuh di bawah paras RM2.20 seliter.

“Untuk memastikan harga yang dibayar rakyat melambangkan keadaan pasaran semasa harga minyak mentah, saya memohon supaya kerajaan mempertimbangkan untuk menyemak harga mengikut formula secara mingguan.

“Ini akan membolehkan harga RON95 menyaksikan penurunan 20 sen untuk beberapa minggu akan datang,” katanya dalam surat yang dihantar kepada Menteri Kewangan, Lim Guan Eng bertarikh hari ini.

Salinan surat itu turut dimuat naik dalam blognya, rafiziramli.com.-UTUSAN ONLINE