Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr. Azman Ibrahim berkata, gerak kerja itu bagi mengesan mana-mana peserta yang gagal mematuhi perjanjian termasuk tidak mengusahakan tanah yang disewa, membiarkan tanah ditumbuhi semak-samun, memberi sewa tanah kepada pihak lain mahu pun tidak menjelaskan bayaran sewa.

Katanya, berdasarkan rekod keseluruhan jumlah peserta TKPM di Rhu Tapai di Setiu, Serating (Marang) dan Tok Dor (Besut) ketika ini adalah seramai 115 orang.

"Kita perlu masukkan peserta baharu yang komited agar tanah yang diwartakan sebagai TKPM benar-benar mampu menghasilkan sumber makanan kepada rakyat negeri kita," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Terengganu memiliki sebanyak 1,022 hektar tanah yang diwartakan sebagai TKPM dan sewaan tanah di negeri adalah yang terendah di Malaysia dengan sebanyak RM150 perhektar setahun.

Menurut Azman, permohonan untuk menyewa tanah berkenaan boleh dibuat melalui Jabatan Pertanian Daerah masing-masing dan kemudian akan dipertimbangkan oleh jawatankuasa TKPM yang dipengerusikan beliau. - UTUSAN ONLINE