Keberangkatan baginda diiringi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak; Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob dan Pengerusi Lembaga Pengelola kolej universiti itu, Datuk Seri Liow Tiong Lai yang juga Menteri Pengangkutan.


Yang turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong; Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Dr. Mary Yap Kain Ching dan Presiden kolej universiti berkenaan, Datuk Dr. Tan Chik Heok.


Kampus baharu kolej universiti itu dibina di atas tanah seluas lebih enam hektar dengah kos RM45 juta dan mampu memuatkan seramai 3,000 penuntut.


Ia dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti kolam renang, gimnasium, gelanggang futsal, bola keranjang, kelas dan dewan bagi memberi suasana pembelajaran yang lebih kondusif.


Kewujudannya bakal melahirkan tenaga kerja berkaliber tinggi bagi memenuhi keperluan industri Wilayah Pantai Timur selaras dengan kemajuan ekonomi dan infrastruktur di negeri ini yang mempunyai Taman Perindustrian Kuantan Malaysia-China (MCKIP), Taman Halal Gambang, Taman Automotif Pekan serta pelaksanaan projek Landasan Kereta Api Pantai Timur ( ECRL). - UTUSAN ONLINE