Pengarah Maritim Johor, Laksamana Pertama Maritim Aminuddin Abdul Rashid berkata, perairan Johor sudah mula dipantau secara ketat sejak Ops Khas Pagar Laut 2/2019 yang telah dijalankan bermula 20 Mei hingga 14 Jun nanti.

“Selain tugas penguatkuasaan, Maritim Malaysia juga bersiap siaga untuk menjalankan tugas mencari dan menyelamat (SAR) jika terdapat sebarang kecemasan di laut.

“Aset Maritim Malaysia yang ditugaskan menjaga sempadan juga telah diarahkan untuk melakukan rondaan di laut dan berhubung dengan nelayan tempatan yang menjadi mata dan telinga kami,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

ANGGOTA maritim melakukan pemeriksaan bagi memastikan tiada kegiatan jenayah melibatkan PAT
ANGGOTA maritim melakukan pemeriksaan bagi memastikan tiada kegiatan jenayah melibatkan PATI di kawasan-kawasan pintu masuk stratetik di perairan Johor bermula 20 mei hingga 14 Jun ini. - UTUSAN ONLINE

Aminuddin menambah, sebagai langkah pencegahan, pemeriksaan juga dijalankan terhadap bot dan feri penumpang yang beroperasi di sekitar negeri ini bagi memastikan undang-undang keselamatan yang diamalkan pengusaha feri penumpang.

“Tindakan boleh dikenakan kepada tekong-tekong yang mengabaikan aspek keselamatan dan hanya mengaut keuntungan semata-mata,” katanya.

Sebarang aduan jenayah maritim bolehlah menghubungi talian MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Johor di talian 07-219 9404 khususnya bagi kejadian yang berlaku di perairan Johor. - UTUSAN ONLINE