AFP melaporkan selain itu, lebih 5,000 penduduk di Chiba dan Kanagawa turut diarah berpindah dengan segera.

Taufan dengan kelajuan angin mencecah 210 kilometer sejam (km/j) serta hujan lebat itu turut menjejaskan sistem pengangkutan awam dengan kira-kira 100 kereta api laju dan 100 penerbangan dibatalkan. -AFP