Plus dalam kenyataan memaklumkan, penutupan itu bagi memberi laluan kepada kerja-kerja menaik taraf dalam usaha menyediakan kemudahan yang lebih selesa buat pelanggan lebuh raya.

“Justeru, pelanggan lebuh raya dinasihatkan menggunakan kemudahan tandas awam yang disediakan di lokasi lain seperti di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Seremban, Ayer Keroh atau di Hentian Sebelah Kampung Bemban, Hentian Sebelah Pedas linggi atau Hentian Sebelah Senawang atau lain-lain lokasi terpilih di sepanjang lebuh raya itu.

“PLUS mengucapkan terima kasih kepada pelanggan lebuh raya di atas perhatian dan kerjasama yang diberikan,” katanya hari ini. - UTUSAN ONLINE