Detik News melaporkan, kejadian itu menyaksikan sekurang-kurangnya tiga orang maut.

Kejadian itu turut disahkan oleh Ketua Jabatan Hubungan Masyarakat Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB), Rita Rosita.

“Tanah runtuh itu berlaku kelmarin pada pukul 1 tengah hari waktu tempatan, selain meragut tiga nyawa, insiden tersebut juga menyebabkan seorang cedera dan seorang lagi hilang.

“Kejadian itu dipercayai berlaku susulan teknik perlombongan yang tidak mahir dan ditambah dengan hujan lebat,” katanya. – AGENSI