semua pemandu e-hailing yang masih belum mematuhi syarat ditetapkan untuk terus beroperasi.

Pengurus MULA Car International Sdn. Bhd. Cawangan Kuala Lumpur S. Kumeran berkata, tempoh tambahan tiga bulan yang diberikan kerajaan adalah mencukupi dan tentunya akan banyak membantu pemandu-pemandu e-hailing mengikuti syarat ditetapkan termasuk mendapatkan Lesen Kenderaan Pengangkutan Awam (PSV).

“Berakhir tempoh tiga bulan itu nanti, boleh saya katakan tidak semua pemandu e-hailing yang sedia ada ketika ini akan memperoleh lesen PSV terutama dalam kalangan pemandu sambilan.

“Mereka ini saya jangkakan tidak akan meneruskan perkhidmatan dan kita juga tidak boleh memaksa mereka. Jika 70 peratus daripada jumlah pemandu yang ada pada hari ini dapat mengikuti syarat dalam tempoh yang ditetapkan, ia memadai,” katanya ketika ditemui Utusan Online di sini hari ini.

Kerajaan hari ini memutuskan pemandu e-hailing yang masih belum mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan untuk perkhidmatan itu dibenarkan untuk meneruskan operasi mereka selama tiga bulan lagi mulai hari ini.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, kerajaan telah memutuskan agar penguatkuasaan peraturan perkhidmatan e-hailing yang bermula hari ini dilaksanakan melalui pendekatan ‘soft landing.

Kementerian melalui Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan mengambil pendekatan penguatkuasaan yang berbentuk untuk mendidik secara berperingkat kepada pemandu-pemandu e-hailing seterusnya melengkapkan semua semua peraturan.

Ketua Pegawai Eksekutif Dacsee Sdn. Bhd., Lim Chiew Shan pula berkata, dalam tempoh tiga bulan ini pihaknya akan memastikan kesemua pemandu tetapnya memiliki lesen PSV.

“Itu fokus utama kami dalam tempoh tiga bulan ini, permintaan setiap hari terhadap perkhidmatan kami sentiasa meningkat oleh itu kami memerlukan pemandu kami untuk sentiasa berada di jalan raya.

“Untuk tujuan itu juga, syarikat kami turut menaja perbelanjaan pemandu-pemandu tetap kami dalam iaitu kalangan pemandu terbaik untuk mereka mendapatkan lesen PSV dan sebagainya manakala bagi pemandu lain mereka akan mendapat rebat daripada kami untuk tujuan itu,” katanya. - UTUSAN ONLINE