Daripada jumlah itu, dua buah sekolah merupakan bantuan penuh iaitu Maahad Abi Hanifah Annouman Al Adnaniyah dan Sekolah Ulfah di Atma.

Maahad Abi Hanifah merupakan sekolah tahfiz yang dibiayai sepenuhnya oleh rakyat Malaysia hasil sumbangan mereka melalui Syria Care.

Sementara itu sebuah sekolah di Lattakia, iaitu Madrasah As Sahil mendapat tajaan secara berkala daripada Syria Care.

Untuk Maahad Ulfah Lil Taalim Al Quran di Azaz, Aleppo pula, Syria Care telah menaja pembinaan bangunan sekolah tersebut.

Bagaimanapun, apa yang diusahakan oleh Syria Care itu hanya berjaya menanpung sebilangan kecil-kecil sahaja kanak-kanak mangsa pelarian.

Masih terdapat banyak lagi kem-kem pelarian yang tidak memiliki kemudahan pendidikan kepada anak-anak hingga menyebabkan ada kanak-kanak tersebut yang membesar dengan buta huruf.

Aktivis kemanusiaan yang berasal dari Australia, Yusuf Bridgeman berkata, pendidikan merupakan keperluan yang paling penting untuk memastkan kanak-kanak mangsa perang ini mempunyai masa depan.

Katanya, disebabkan kedudukan khemadh-khemah pelarian yang daif, pendidikan turut terabai dan mejoriti kanak-kanak pelaran tersebut tidak bersekolah.

Sehubungan itu beliau yang sudah lebih enam tahun mengabdkan diri dengan tugas-tugas kemanusiaan di utara Syria berharap agar pertubuhan-pertubuhan bantuan kemanusiaan memberi keutamaan dalam membina bangunan sekolah dan menyediakan peluang pendidikan kepada kanak-kanak mangsa perang.

Sehubungan itu rakyat Malasia yang prihatin boleh memberikan sumbangan mereka melalui Syria Care supaya dapat disalurkan bagi membantu pelarian Syria yang kini majoritinya menghuni kawasan di sempadan Turki.

Sumbangan boleh dibuat ke akaun Syria Care Maybank 562106653575, CIMB Islamic 8601894560 RHB Bank 26225000021775 dan Affin Islamic Bank 105990040004. - UTUSAN ONLINE