AFP melaporkan suspek terbabit, Brenton Tarrant menyatakan pandangan politik serta sosial menerusi surat setebal enam muka yang kemudian dimuat naik di laman 4chan.

Stevenson turut mengakui yang surat tersebut tidak seharusnya dihantar.

“Saya secara terbuka memohon maaf atas tekanan secara langsung atau sebaliknya yang ditimbulkan daripada insiden ini.

“Saya mengambil tanggungjawab sepenuhnya atas insiden ini,”katanya di sini hari ini.

Semalam, Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern mengkritik tindakan itu dan menganggap ia satu perbuatan yang tidak wajar. -AFP