Sumbangan sebanyak RM2,000 itu bertujuan untuk membiayai kos pembesaran surau sekolah tersebut.

Ia disampaikan oleh Pengurus Aman Palestin Cawangan Kota Damansara, Mohd Akib Abdullah kepada Pengetua, SMK Bandar Sungai Buaya, Alimah Abu Noh.

Alimah berkata, sumbangan itu begitu bermakna kepada 1,040 warga pelajar, pendidik dan pentadbir sekolah itu.

"Kami memerlukan surau yang luas bagi memberikan keselesaan kepada jemaah yang semakin bertambah, selain dapat mengimarahkan surau dengan pelbagai aktiviti fardu ain dan kifayah.

“Setakat ini kami berjaya mengumpul sumbangan sebanyak RM130,000 daripada para dermawan dan masih memerlukan sebanyak RM25,000 lagi bagi menampung kos pembesaran surau ini. Untuk itu, kami mengalu-alukan sumbangan daripada orang ramai," kata beliau.

Sumbangan boleh disalurkan menerusi akaun Bank Rakyat, 11-099-100334-, PIBG SMK Bandar Sungai Buaya dengan menyatakan wakaf surau. - UTUSAN ONLINE