Keberangkatan tiba baginda kira-kira pukul 8.20 malam diiringi Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Pendidikan Islam, Industri, Luar Bandar dan Pembangunan Usahawan negeri, Asmuni Awi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manjoi.

Selain itu, orang ramai turut menyambut keberangkatan tiba baginda sambil tidak melepaskan peluang untuk bersalaman.

Selesai solat Isyak, Sultan Nazrin bersama-sama dengan kira-kira 300 jemaah bertakbir raya sempena Aidiladha.

Esok, Sultan Nazrin akan berangkat menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Sultan Azlan Shah di sini. - BERNAMA