Ketibaan baginda pada pukul 12.20 tengah hari disambut Tunku Bendahara Kedah, Tan Sri Tunku Abdul Hamid Thani, Tunku Laksamana Kedah, Datuk Tengku Sarafuddin Badlishah Tuanku Sallehuddin.

Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Perdagangan Dalam Negeri, Hal Ehwal Pengguna dan Koperasi serta Pertumbuhan Segi Tiga Indonesia, Malaysia dan Thailand (IMT-GT) Datuk Dr Ku Abdul Rahman Ku Ismail yang mewakili Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah serta pembesar-pembesar negeri.

Bacaan yasin dan doa dipimpin oleh Imam Besar Masjid Zahir Datuk Syeikh Roslan Abd Halim.

Setelah majlis itu selesai, baginda turut menanti untuk menunaikan solat Jumaat bersama ribuan rakyat yang hadir ke masjid tersebut. - UTUSAN ONLINE