Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar dalam masa sama turut mengucapkan terima kasih kepada warga pendidik serta ibu bapa yang banyak berkorban demi merealisasikan keputusan cemerlang STPM 2018.

"Sekalung penghargaan dan terima kasih buat guru-guru serta ibu bapa yang menjadi penyumbang kepada kejayaan anak-anak ini.

"Pelajar cemerlang dan bersahsiah aset kemajuan negara," katanya dalam kenyataan di laman Facebook di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE