Menteri Kerja Raya, Baru Bian berkata, pelaksanaan tersebut tertakluk kepada belanjawan dan keputusan Kabinet serta agensi-agensi di bawah kerajaan Pusat sebelum membuat sebarang keputusan berhubung projek tersebut.

“Buat masa ini kita perlu ikut kepada keadaan kewangan negara memandangkan negara perlu berjimat cermat.

“Kalau keadaan kewangan mengizinkan, kita akan mendahulukan projek yang memberi manfaat kepada rakyat,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Pameran dan Persidangan Jalan Raya Malaysia ke-10 di sini hari ini.

Persidangan yang dihadiri kira-kira 900 peserta daripada 39 buah negara itu diadakan dengan kerjasama Pertubuhan Jalan Sedunia (PIARC).

Yang turut hadir Ketua Pengarah Kerja Raya, Datuk Seri Roslan Md. Taha dan Presiden PIARC, Claude Van Rooten. - UTUSAN ONLINE