Bantuan berupa peralatan keperluan perniagaan bernilai RM3,000 untuk setiap usahawan itu disampaikan dalam majlis Penyerahan SSM Bizgrant di Menara Yayasan Islam Terengganu (YIT) di sini.

Majlis perasmiannya disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri, Mohd. Nurkhuzaini Ab. Rahman.

Bercakap kepada pemberita selepas itu, Mohd. Nurkhuzaini berkata, bantuan geran RM600,000 itu khusus disalurkan kepada para usahawan di Terengganu dan jumlah itu merupakan sebahagian daripada RM10 juta yang diperuntukkan oleh kerajaan kepada SSM.

"Untuk Terengganu, seramai 200 usahawan dipilih dan layak mendapat geran ini termasuk 10 mahasiswa dan ia untuk membantu usahawan sama ada mengembangkan perniagaan atau baharu nak mula berniaga.

"Kita juga berharap supaya bantuan seumpama Ini akan dapat diteruskan pada masa-masa akan datang dalam usaha membantu golongan usahawan di Terengganu," katanya. - UTUSAN ONLINE