Menteri Pertahanan Sri Lanka, Ruwan Wijewardene berkata, siasatan awal mendedahkan insiden yang berlaku pada Ahad lalu adalah sebagai tindakan balas dendam terhadap serangan tembakan yang mengorbankan puluhan penduduk beragama Islam di dua masjid di New Zealand.

Seramai 50 orang terbunuh dalam serangan terbabit yang berlaku pada 15 Mac lalu. – AFP