Pengarah Pendidikan negeri, Dr. Tajuddin Mohd. Yunus berkata, pada SPM 2018, seramai 15,686 bersamaan 88.34 peratus calon layak mencapat sijil (LMS) berbanding 87.37 peratus pada 2017 iaitu peningkatan 0.97 peratus.

Dari aspek kecemerlangan calon pula, katanya, seramai 238 orang bersamaan 1.34 peratus mendapat semua A dalam semua mata pelajaran yang diduduki.

“Sekolah-sekolah di negeri ini telah menunjukkan prestasi pencapaian yang meningkat secara berterusan terutama daripada segi kualiti pencapaian.

“Ini ditunjukkan dengan trend GPN yang sentiasa meningkat bermula tahun 2015 dengan GPN 4.94 hingga kepada GPN 4.73 pada tahun ini,” katanya dalam sidang akhbar pengumuman SPM 2018 di Bilik Gerakan, Jabatan Pendidikan Negeri di sini hari ini.

Tajuddin berkata, seramai 17,756 dari 18,140 calon yang mendaftar bagi menduduki SPM 2018 hadir menduduki peperiksaan itu. - UTUSAN ONLINE