Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, R. Sivarasa percaya video yang ditularkan secara sengaja itu adalah palsu dan direka oleh pihak tidak bertanggungjawab dengan niat jahat.

"Saya sendiri percaya video itu memang palsu dan direka dan disebar dengan niat jahat.

"Saya setuju ketulenan video itu perlu disiasat serta merta oleh pihak yang berwibawa seperti SKMM dan PDRM," katanya kepada Utusan Malaysia menerusi aplikasi WhatsApp hari ini.

Tambah Sivarasa yang juga Ahli Parlimen Sungai Buloh berkata, hanya menerusi hasil siasatan tersebut yang membolehkan pihak polis mengenal pasti dalang yang melakukan perbuatan politik kotor itu.

"Sekiranya pemalsuan video disahkan, polis boleh beri tumpuan kepada siapa dalang di belakang politik longkang ini, siapa yang bertanggung jawab terhadap pembuatan video dan sebarannya," katanya. - UTUSAN ONLINE