SKMM menegaskan, penyebaran surat menggunakan nama Pengarah Wilayah Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan adalah palsu dan tidak ada kena - mengena dengan surat berkenaan.

"Satu laporan polis telah dibuat hari ini agar individu tidak bertanggungjawab menyebarkan surat palsu ini diambil tindakan sewajarnya," jelasnya dalam satu kenyataan di sini malam ini.

SKMM sehubungan itu meminta orang ramai berwaspada terhadap penipuan menggunakan surat rasmi dan tanda tangan pegawainya bagi menawarkan projek kepada mana-mana pihak. - UTUSAN ONLINE