Dalam video berdurasi empat minit 13 saat yang dimuat naik di laman sosial Facebook itu, 'para pelakon' menggunakan loghat daerah Lipis bagi membincangkan soal perpaduan ummah.

Dalam masa satu jam selepas dimuat naik di Facebook pada pukul 1 petang ini, sitkom berkenaan dikongsi lebih 50 pengguna laman sosial berkenaan.

Ketua Pemuda UMNO negeri, Mohd. Farid Mohd. Nor berkata, sitkom itu dihasilkan bagi mempromosi dan menjelaskan kekeliruan berhubung usaha penyatuan ummah.

"Objektif utama adalah untuk secara santai menjemput orang ramai menghadiri himpunan itu dan mengelak salah faham serta dakwaan bahawa penyatuan ummah ini terhad kepada golongan Melayu Islam sahaja.

"Semoga dengan penghasilan sitkom ini dapat menarik minat orang ramai untuk sama-sama memeriahkan Himpunan Penyatuan Ummah di PWTC," katanya di sini. - UTUSAN ONLINE