KAMARUDIN MD. ISA
KAMARUDIN MD. ISA

Ketua Pengarahnya, Datuk Dr. Kamarudin Md. Isa berkata, sistem itu dapat mengenal pasti tahap kesihatan lembu melalui pemeriksaan implan yang ditanam di bahagian leher haiwan itu.

Beliau berkata, perkara itu dicadangkan oleh pihak berkuasa veterinar Thailand semasa mesyuarat kedua-dua negara di Langkawi, Kedah baru-baru ini, yang memohon Malaysia supaya membangunkan sistem berkenaan.

"Setiap lembu yang diimplan menunjukkan ternakan itu telah melalui proses pemeriksaan yang ketat dan dikuarantin oleh pihak Thailand, sekali gus mengesahkannya bebas daripada sebarang penyakit termasuk penyakit kuku dan mulut.

"Selain memudahkan pemeriksaan kesihatan terhadap lembu, sistem ini juga membantu menangani kemasukan ternakan itu secara haram ke negara ini," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Terdahulu, beliau merasmikan Seminar Kesedaran Awam Mengenai Penggunaan Antibiotik Dalam Penternakan Ayam di Makmal Kesihatan Awam Veterinar, Salak Tinggi di sini.

Dalam pada itu, Kamarudin meminta semua pihak supaya memahami kepentingan penggunaan antibiotik dalam penternakan ayam, yang antara lainnya bertujuan menjamin kualiti dan rintangan kawalan penyakit ternakan itu.

Beliau berkata, JPV sentiasa melakukan pemeriksaan ke atas ladang ternakan ayam komersil bagi memastikan pengusaha mematuhi peraturan penggunaan antibiotik, selain melakukan program pemantauan kehadiran bakteria dalam daging ayam di rumah sembelihan. - BERNAMA