Khalid Abu Bakar
Khalid Abu Bakar

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pihaknya hampir selesaikan fasa pertama isu tersebut dan telah memanggil lebih 25 individu untuk rakam percakapan termasuk bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi.

"Dalam fasa kedua ini, kita akan menghantar pegawai ke luar negara untuk rakam percakapan saksi yang berada di sana.

"Kita komited dalam menjalankan tanggungjawab berdasarkan lima syor yang disarankan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC)," katanya dalam sidang akhbar di Pusat Latihan Polis (Pulapol) di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE