Pemain Rusia itu mengambil masa dua jam 34 minit untuk menewaskan Wozniacki, yang tidak berpuas hati dengan keputusan pengadil ketika dia sudah kehabisan peluang membuat cabaran.

Sharapova akan bertemu Agnieszka Radwanska pada perlawanan akhir selepas menyingkirkan Marion Bartoli 6-4, 6-2.

Sementara itu, pemain no. 1 dunia, Novak Djokovic tidak menghadapi masalah untuk mara ke separuh akhir bahagian lelaki selepas menundukkan pilihan kelima David Ferrer 6-2, 7-6 (7/1).

Djokovic bakal berdepan dengan pemain Argentina, Juan Monaco yang menewaskan Mardy Fish dari AS 6-1, 6-3 dalam satu lagi perlawanan suku akhir. - AGENSI