Ratu tenis Amerika Syarikat itu ketinggalan dengan keputusan 3-1 kepada pemain muda Kanada, Bianca Andreescu apabila membuat keputusan menarik diri akibat rasa sakit di bahagian belakang badannya.

“Ini adalah situasi yang amat mengecewakan buat saya dalam perlawanan ini.

“Saya pernah lalui situasi sebegini namun ia boleh bertahan dalam tempoh 24 hingga 36 jam namun kali ini ia sukar untuk bertahan lama,” kata Serena Williams.

Bekas pemain No.1 dunia itu turut memberitahu bahawa dia sudah mula merasa sakit ketika aksi separuh akhir pada Sabtu yang menyaksikan dia berjaya meraih kemenangan ke atas Marie Bouzkova.

“Semuanya bermula semalam dan saya dapat rasanya (sakit) namun masih boleh bertahan.

“Bagaimanapun pada hari ini ketika saya cuba memusingkan badan ketika perlawanan berlangsung, rasa sakit yang melampau telah menyekat pergerakan,” katanya. - AGENSI