Menteri Besar, Dr. Sahruddin Jamal berkata, pihaknya sedang meneliti nama-nama Exco tersebut sebelum dimuktamadkan secepat mungkin.

“Saya akan memilih pasukan Exco yang selesa bekerja dengan saya. Kita masih kekalkan 11 portfolio termasuk satu portfolio di bawah saya untuk berkhidmat di bawah kerajaan negeri,” katanya.

Ditanya mengenai jumlah muka baharu yang akan dilantik dan muka lama yang akan digugurkan, beliau berkata: “Semua itu masih dalam penilaian.”

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melepaskan pelancaran Tour De Iskandar Johor 2019 di Dataran Mahkota, Kota Iskandar di sini sebentar tadi. - UTUSAN ONLINE