Isu ini dilihat tidak selari dengan kenyataan Grab yang berjanji tidak akan menaikkan harga tambang walaupun bergabung dengan Uber pada Mac 2018.

Pantau juga menggesa kerajaan merombak Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) yang dilihat gagal menangani situasi Grab Malaysia yang hampir memonopoli kesuluruhan industri perkongsian kenderaan dan menghentikan kenaikan tambang.

Ini kerana MyCC seharusnya memainkan peranan untuk mengkaji isu memanipulasi harga jika ada unsur untuk mengaut keuntungan berlebihan kesan penggabungan Uber-Grab di mana dahulu ada dua pasukan bersaing, kini tinggal entiti tunggal.

Kegagalan kerajaan di dalam menyediakan polisi yang tidak menyukarkan pemandu Grab mendapatkan lesen telah memberi kesan kepada penawaran Grab terhadap pasaran.

Disebabkan tambang Grab bergantung kepada permintaan dan penawaran, maka sudah pasti bila mana permintaan melebihi penawaran maka ia akan meningkatkan harga tambang.

Pantau berharap agar isu ini segera diselesaikan bagi menguntungkan semua pihak termasuk pengguna Grab.

 

Penulis merupakan jurucakap Pantau.