Dalam kenyataannya Menteri Besar, Amirudin Shari, turut seiringan dengan Sultan Selangor apabila menyifatkan perbuatan menghina keperibadian Rasulullah adalah tindakan jelik yang akan membawa kepada rosaknya keharmonian dan perpaduan di negara ini.

“Saya menzahirkan segenap sokongan dan menjunjung kasih ke atas titah Sultan Selangor dan menggesa semua pihak agar menginsafi serta akur akan titah Tuanku Sultan Selangor.

“Justeru saya mengulangi pendirian saya baru-baru ini yang mengecam sekeras-kerasnya segala bentuk penghinaan kepada Nabi Muhammad SAW.

“Perbuatan ini harus dihentikan serta-merta agar tidak mendatangkan kejadian yang tidak diingini sehingga mengugat kesentosaan negeri,” katanya di sini hari ini.

Pada masa yang sama, Amirudin juga turut menggesa pihak polis dan Jabatan Peguam Negara untuk mengambil tindakan sewajarnya terhadap pihak yang tidak bertanggungjawab dalam isu ini. – UTUSAN ONLINE