Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Pahang, Rizal Jamin berkata, ketiadaan kelengkapan makmal yang mencukupi di sekolah yang baru beroperasi adan berstatus prestasi tinggi seperti itu tidak seharusnya berlaku.

"Keadaan ini memaksa murid-murid menumpang di sekolah yang berdekatan ketika mereka mempelajari subjek sains termasu mata pelajaran sains tulen seperti kimia, fizik dan biologi.

"Kita boleh membayangkan kesusahan yang dialami oleh para pelajar dan guru dalam usaha melahirkan pelajar cemerlang di dalam keadaan infrastruktur yang tidak mencukupi," katanya di sini hari ini.

Menurutnya, di sebalik pelbagai polemik yang timbul termasuk isu tulisan Jawi, Kementerian Pendidikan seharusnya memberi keutamaan kepada isu infrastruktur pendidikan.

Katanya, kerajaan seharusnya memberikan keutamaan kepada perkara yang lebih penting terlebih dahulu dalam usaha melaksanakan pelbagai pendekatan dan pembaharuan. - UTUSAN ONLINE