Itu merupakan antara perkara ditemukan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2018 Siri 1 yang secara keseluruhannya merumuskan SEDIC telah dilaksanakan secara kurang cekap.

Laporan tersebut menjelaskan bahawa keadaan berkenaan berlaku kerana tiadanya rekod dan pangkalan data lengkap diselenggarakan untuk menilai pencapaian hasil akhir.

Selain itu, laporan tersebut turut menemukan kelemahan dari segi penilaian pemilihan NGO, pemantauan terhadap pelaksanaan program dan perbelanjaan oleh NGO dan pihak SEDIC.

“Antara penemuan utama audit adalah 20 fail individu NGO untuk 23 program dengan amaun dana sebanyak RM10.77 juta bagi tahun 2014 tidak dikemukakan oleh SEDIC untuk semakan audit. Ketidakpatuhan terhadap memorandum persefahaman (MoU) di mana lima NGO dan satu Institut Latihan Kemahiran Swasta (ILKS) tidak memulangkan lebihan dana berjumlah RM2.86 juta.

“Selain itu, 35 NGO dan empat ILKS tidak membuka akaun berasingan, enam program bernilai RM2.93 juta melibatkan enam NGO telah dilaksanakan oleh pihak ketiga dan sejumlah RM1.18 juta telah dibayar kepada pihak ketiga sebelum program bermula,” katanya dalam laporan yang dikeluarkan hari ini.– UTUSAN ONLINE