Rozita Che Wan
ROZITA CHE WAN

Malah, jumlah cukai pendapatan yang telah beliau langsaikan mencecah hampir RM1 juta ringgit sebelum ini.

Bagaimanapun tegas pelakon Diari Ramadan Rafeq itu, beliau dimaklumkan oleh pihak berkuasa Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bahawa jumlah tersebut masih berkurangan daripada apa yang sepatutnya beliau jelaskan.

"Sebelum ini, saya sudah membayar separuh daripada tunggakan cukai pendapatan. Dan sekarang saya sedang berusaha untuk melangsaikan sebahagian bakinya.

“Jadi, ini bermakna saya bukan lari atau tidak bayar langsung.

"Setiap tahun saya bayar cukai kepada LHDN. Cuma jumlah tunggakan cukai itu terlalu tinggi dan semestinya saya memerlukan sedikit masa untuk membayar semua tunggakan itu.

“Saya sudah bayar separuh daripada cukai pendapatan yang mencecah hampir RM1 juta itu," katanya kepada Utusan Online di sini hari ini.

Hari ini, pelakon tersebut mengakui tidak dapat ke London untuk menyambut ulang tahun kedua anaknya, Aaisyah Dhia Rana gara-gara disekat oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Dalam pada itu, pelakon itu juga enggan mendedahkan kerugian yang terpaksa ditanggung setelah percutiannya ke London telah disekat dan mengakui dia perlu membayar tunggakan cukai untuk ke luar negara semula.

“Setiap bulan saya ke luar negara, jadi bila disekat ini rasa ralat lah. Kena perlahan-lahan bayar sampai habis. Kalau tidak sangkutlah semua percutian saya,” katanya. - UTUSAN ONLINE

(Baca pengakuan Rozita selanjutnya dalam ruangan HITS, di akhbar Utusan Malaysia esok)