Program yang bermula pukul 8 pagi hingga 1 petang itu diadakan di Surau Haji Mohammad Musa,Taman Bandar Seremban Selatan, di sini.

Pengerusi PIUSBA Negeri Sembilan, Muhammad Ridzuan Lau Abdullah berkata, sebanyak dua ekor lembu dikorbankan pada program berkenaan.

Katanya, para ahli persatuan itu bergotong royong menjayakan program tersebut.

"Selain menunaikan tuntutan agama, program ini bertujuan mengukuhkan jalinan silaturahim sesama ahli yang datang dari seluruh pelusuk negeri ini," katanya. - UTUSAN ONLINE