Kejadian yang baru berlaku sekitar petang dan mengakibatkan empat loji air di Sungai Selangor ditutup semula secara berperingkat dan membebankan pengguna air di Selangor boleh dianggap sebagai satu tindakan sabotaj.

Ketika ini Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara sedang menjalankan siasatan terperinci tentang punca kejadian tersebut.

Saya juga telah menghubungi Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari untuk membincangkan situasi terkini.

Dua kejadian pencemaran dalam tempoh kurang tiga hari tidak boleh dipandang sewenangnya.

Oleh yang demikian, setelah berbincang dengan Ketua Polis Negara, saya juga turut memohon pihak PDRM untuk sama-sama menjalankan siasatan.

Saya ingin memastikan bahawa dalang di sebalik insiden ini dapat diberkas dan dihukum dengan berat di bawah akta-akta yang sedia ada.

Dr. Xavier Jayakumar

Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli

UTUSAN ONLINE