Beliau yang ditemui selepas memberikan penghormatan terakhir di Balairung Seri Istana Abu Bakar di sini hari ini berkata, Almarhum yang pernah menjadi Yang di-Pertuan Agong dan bekas pemimpin Persatuan Bola Sepak Malaysia telah memberikan sumbangan yang besar kepada negara.

“Memang saya dengan Almarhum kenal lama. Sahabat yang baik,seorang raja yang rapat dengan rakyat dan rakyat kasih dengan baginda,” katanya. - UTUSAN ONLINE