Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lanchang, Datuk Seri Mohd. Sharkar Shamsudin berkata, program itu menunjukkan ke­sungguhan kerajaan di bawah kepemimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membantu ma­syarakat.

“Tiada Perdana Menteri sebelum ini yang menyasarkan bantuan terus ke akar umbi selain Datuk Seri Najib yang menyaksikan bantuan diberikan kepada nelayan, penoreh getah dan ibu bapa sehingga kepada pelajar serta murid.

“Program seperti Tuisyen [email protected] ini amat bermanfaat kepada golongan sasaran kerana dapat mengubah nasib dan masa depan mereka menerusi pendidikan,” kata­nya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Tuisyen [email protected] di Dewan Alumni Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Abu Bakar di sini hari ini.

Menurut Mohd. Sharkar, pelbagai pe­rancangan dilakukan kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam usaha membantu seluruh rakyat di negara ini tanpa mengira kaum dan agama.

Sehubungan itu, katanya, rakyat perlu terus memberi sokongan kepada kerajaan bagi memastikan segala perancangan dan usaha membantu rakyat dapat dite­ruskan.

Dalam pada itu, Ketua Puteri UMNO Temerloh, Suhaya Elly Rosli berkata, pelaksanaan program berkenaan adalah penting dalam memastikan kecemerla­ngan golongan pelajar yang bakal menjadi pemimpin masa depan negara.

Suhaya Elly yang juga Penyelaras Program Tuisyen Rak­yat Parlimen Temerloh berkata, program tersebut dilaksanakan dengan telus dan terus kepada golongan sasaran tanpa me­ngira kaum atau fahaman politik.

“Pemilihan pelajar adalah te­lus dan tidak melibatkan politik kerana dilakukan oleh Pejabat Pendidikan Daerah,” katanya.