Alsannya mudah. Ini kerana institusi yang sangat berpengaruh dan mempunyai ribuan penuntut dari pelbagai negara luar termasuk Afrika, Asia Timur serta barat menyifatkan Malaysia mudah ‘mesra dan menerima’ ideologi yang dibawa kumpulan ektresmis tersebut.

Polis menangkap pengikut Salafi Jihadi
SALAH seorang daripada lapan individu ditahan polis terlibat dengan fahaman ekstremis, Salafi Jihadi, baru-baru ini. - UTUSAN ONLINE

Pakar Strategis Geopolitik Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof. Madya Dr. Azmi Hassan berkata, ajaran Salafi dianggap baik dan tidak memudaratkan tetapi ungkapan Salafi Jihadi mempunyai konotasi yang amat berbeza kerana pengikutnya digalakkan berjihad secara fizikal iaitu militan.

Jelas Azmi, ungkapan itu mula dilabelkan kepada kumpulan militan Mujahidin menentang tentera Soviet di Afghanistan. Secara umumnya ketika ini kumpulan tersebut aktif di Mesir dan Algeria.

Pengikut ditahan Polis
SALAH seorang daripada lapan individu ditahan polis terlibat dengan fahaman ekstremis, Salafi Jihadi, baru-baru ini. - UTUSAN ONLINE

Katanya, sejak bermulanya Arab Spring pada 2011, pengaruh Salafi Jihadi cenderung militan itu berkembang ke luar negara Arab dan Malaysia melalui tangkapan terkini adalah satu manifestasi bentuk ajaran berkenaan yang telah mula bertapak di sini.

“Berbanding ideologi Daesh yang secara langsung mempengaruhi pengikut dengan menjual ideologi militan, Salafi Jihadi mempengaruhi pengikut menerusi ajaran Islam tetapi lama kelamaan unsur militan dimasukan ke dalam ajaran dan kadangkala pengikut tidak menyedari adanya unsur militan.

Ditahan pihak polis
SALAH seorang daripada lapan individu ditahan polis terlibat dengan fahaman ekstremis, Salafi Jihadi, baru-baru ini. - UTUSAN ONLINE

“Sebab itulah dikatakan ajaran Salafi Jihadi ini lebih mudah mendapat simpati daripada orang awam kerana modus operandinya berselidung dengan ajaran agama pada awalnya,” katanya kepada Utusan Online menerusi aplikasi WhatsApp di sini hari ini.

Semalam, media melaporkan sebanyak lima warga Eropah, termasuk seorang warga tempatan berusia antara 24 hingga 38 tahun ditahan dalam tiga serbuan serentak di Perlis, Kuala Lumpur dan Johor pada 24 September lalu kerana terlibat dengan penyebaran Salafi Jihadi di negara ini.

Polis memberkas pengikut Salafi Jihadi
SALAH seorang daripada lapan individu ditahan polis terlibat dengan fahaman ekstremis, Salafi Jihadi, baru-baru ini. - UTUSAN ONLINE

Mengulas lanjut Azmi berkata, pengaruh yang dibawakan Salafi Jihadi adalah lebih besar berbanding Daesh kerana pendekatan berlandaskan agama yang diterapkan menerusi ideologi berkenaan.

“Ideologi Daesh agak terkekang untuk melebarkan pengaruh mereka di Malaysia, ajaran Sufi mudah mempengaruhi rakyat negara ini kerana berlandaskan ajaran agama.

“Atas sebab itulah dihujahkan Salafi Jihadi ini sedang bertapak dan berkembang di Malaysia,” ujarnya. - UTUSAN ONLINE