Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Dzulkifli Ahmad berkata, hal ini demikian kerana, golongan tersebut merupakan ‘tulang belakang’ dalam melahirkan pemimpin bebas rasuah pada masa depan.

Beliau berkata demikian semasa majlis pelancaran Sahabat Cilik SPRM di Sekolah Kebangsaan (SK) Hashim Awang, di sini hari ini.

Pada majlis yang sama, beliau turut melancarkan Maskot SPRM  yang dikenali sebagai Komisioner DZ.

Selain SK Hashim Awang, program yang sama turut dilancarkan serentak di 13 buah sekolah lain di seluruh negara. - UTUSAN ONLINE