Kementerian Kewangan dalam kenyataan memaklumkan, harga runcit petrol RON95 kekal pada paras RM2.08 seliter dan diesel pula kekal pada paras RM2.18 seliter.

"Berdasarkan pengiraan di bawah formula Automatic Pricing Mechanism (APM), harga runcit produk petrol RON95 dan diesel bagi tempoh 23 Mac sehingga 29 Mac sepatutnya masing-masing adalah sebanyak RM2.31 dan RM2.38 seliter.

"Namun, harga runcit produk petrol RON95 dan diesel bagi tempoh di atas adalah dikekalkan pada paras RM2.08 dan RM2.18 seliter selaras dengan keputusan Kerajaan untuk menstabilkan harga runcit bagi produk petroleum dan mengurangkan kos sara hidup rakyat," kata kenyataan itu di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE