Kementerian Kewangan dalam kenyataan memberitahu, harga runcit RON95 dan diesel pula kekal pada paras yang ditetapkan sebelum ini iaitu RM2.08 serta RM2.18 seliter.

“Berdasarkan pengiraan pihak kementerian, harga runcit produk petrol RON95 dan diesel bagi tempoh seminggu bermula esok hingga 15 Mac sepatutnya sebanyak RM2.16 dan RM2.38 seliter.

“Begitupun, harga runcit dan diesel bagi tempoh tersebut dikekalkan pada paras sebelum ini berikutan keputusan jemaah Menteri menyekat kenaikan harga runcit produk petroleum demi mengurangkan bebanan kewangan rakyat", katanya di sini hari ini. -UTUSAN ONLINE