Lim Guan Eng
Lim Guan Eng 

Ini berikutan pengumuman penurunan harga RON95 sebanyak 27 sen seliter iaitu RM1.93 termasuk tambahan margin keuntungan kepada pengusaha stesen minyak sebanyak 2.81 sen satu liter hari ini.

Najib berkata, sebelum ini beliau mendakwa kerajaan telah mengenakan cukai tersembunyi sebanyak 30 sen ke atas RON95 berikutan kejatuhan harga minyak mentah dunia.

"Di dalam kenyataan rasmi Kementerian Kewanagan dua minggu yang lepas, Guan Eng menuduh saya telah "fitnah" bahawa kerajaan PH mengenakan cukai petrol sebanyak 30 sen setiap liter.

"Rupanya Guan Eng betul bahawa saya telah "fitnah". Ianya 29.81 sen satu liter dan bukan 30 sen satu liter. Saya salah lagi. Air muka Guan Eng tetap dijaga kerana perbezaan 0.19 sen ini," kata Najib dalam satu kenyataan di Facebook beliau hari ini.

Najib mendakwa, pengumuman harga minyak hari ini mengesahkan bahawa kerajaan telah menaikkan margin keuntungan untuk pengusaha stesen petrol sebanyak 23 peratus untuk RON95 dari 12.19 sen kepada 15 sen satu liter bermula hari ini.

"Penjualan RON95 di Malaysia ialah sebanyak 1.1 bilion liter setiap bulan.

"Ini bermaksud pengusaha stesen minyak boleh mengaut keuntungan tambahan sebanyak RM30 juta setiap bulan ataupun RM360 juta setiap tahun dengan kenaikan hari ini," dakwa Najib.

Manakala margin keuntungan untuk diesel dinaikkan 43% dari 7 sen kepada 10 sen satu liter.

"Apapun, sekurang-kurangnya rakyat Malaysia dapat menikmati harga petrol yang lebih rendah pada ketika ini walaupun telah terlambat untuk musim cuti sekolah bulan lepas," kata Najib.-UTUSAN ONLINE