Kementerian Kewangan dalam kenyataan memaklumkan, bagi harga diesel turut dinaikkan sebanyak 12 sen seliter daripada RM2.05 seliter kepada RM2.17 seliter bagi tempoh sama.

"Kenaikan ini berikutan harga produk petroleum yang diproses di pasaran dunia telah menunjukkan trend peningkatan berbanding minggu lalu," katanya di sini hari ini.

Siaran media Kementerian Kewangan
Siaran media Kementerian Kewangan 

Bemula 4 Januari lalu, harga runcit produk petroleum telah diselaraskan semula pada setiap minggu mengikut kaedah apungan terkawal di bawah formula Automatic Pricing Mechanism (APM). - UTUSAN ONLINE