Paul Yong Choo Kiong ( tengah ) ketika hadir ke mahkamah atas tuduhan merogol seorang wanita warga Indonesia di rumahnya Julai lalu di Mahkamah Sesyen Ipoh hari ini. - UTUSAN ONLINE/KAMAL BASIR WAHAB

Ahli Parlimen Seremban itu berkata bagi DAP, perkara itu masih tidak dibincangkan oleh pemimpin-pemimpin parti, dan sekiranya ada sebarang keputusan mengenainya, ia perlu dibuat oleh CEC parti.

"Kita belum berbincang mengenai perkara berkenaan ketika ini. Kita serahkan ia kepada undang-undang negara, kita akan hormati keseluruhan proses," katanya kepada pemberita selepas merasmikan pengenalan Pas Mutiara, yakni pas perjalanan tanpa had Prasarana.

Beliau berkata sehingga kini tiada tindakan daripada DAP terhadap Yong, dan sebarang keputusan mengenainya akan dibuat menerusi mesyuarat CEC.

Yong hari ini dilaporkan mengaku tidak bersalah Mahkamah Sesyen atas tuduhan merogol pembantu rumahnya yang merupakan seorang warga Indonesia.

Sementara merujuk kepada spekulasi mengenai rombakan kabinet yang sedang hebh ketika ini, Loke yang merupakan Menteri Pengangkutan berkata beliau tidak tahu apa-apa mengenainya.

"Saya tidak tahu apa-apa mengenai rombakan kabinet. Saya tidak ada apa-apa maklumat mengenai rombakan atau sebarang pertukaran portfolio," katanya dan menambah ketika ini beliau akan terus melaksanakan tanggungjawabnya sebagai Menteri Pengangkutan.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini menafikan kemungkinan ada menteri penuh yang akan digugurkan, namun memberitahu bahawa memang ada perbincangan mengenai rombakan kecil dalam portfolio kementerian. - BERNAMA